PEMAIN Selangor FC, Faisal Halim akan menjalani proses pembedahan ketiga petang ini selepas kejayaan pembedahan pertama dan kedua.

Ahli Lembaga Pengarah Selangor FC, Datuk Seri Shahril Mokhtar berkata, doa seluruh rakyat Malaysia terus ditagih memastikan proses rawatan Faisal berjaya.

"Petang ini (pembedahan ketiga)," katanya kepada Sukan Sinar.

Sebelum ini, Faisal sudah mengharungi dua pembedahan untuk merawat luka lecuran tahap empat selepas disimbah asid dalam kejadian di sebuah pusat membeli belah pada Ahad.

Shahril berkata, Faisal juga semakin pulih dan mengharapkan keadaan pemain itu bertambah baik selepas selesai pembedahan ketiga.

"Mulai hari ini juga prosedur lawatan akan dipertingkatkan dengan mengehadkan pelawat.

"Macam Menteri Belia dan Sukan, Hannah Yeoh katakan (semalam), dah boleh (Faisal) main mata. Jadi dah semakin pulih," katanya.

*Artikel asal yang disiarkan di Sinar Harian